Latihan Tatabahasa

Latihan 5- Kata Ganti Nama Diri
Pilih jawapan yang paling sesuai .
1) '' Kenapa __________ semua melancarkan mogok pada hari ini ? '' tanya Susan .
      A . saya                      B.   hamba
      C.  mereka                 D.   dia
2) ''Ampun tuanku , _________ datang memohon tuanku berangkat segera ,'' titah Bendahara .
      A.  saya                      B. patik
      C.  anda                     D. aku
3) Susan , David dan Kak Meng pergi ke sekolah . ____________ pergi dengan menaiki bas .
       A. Dia                       B. Mereka
       C. Awak                   D. Anda
4)  Ayah ___________ membeli sebuah kereta baru .
       A. saya                     B. anda
       C.  hamba                 D. beta
5) ''Sudahkah ______________ bersedia untuk menghadapi peperiksaan ? '' tanya Beng Keong .
       A.  kami                    B. kita
       C. hamba                  D. anda
6) ''____________ tiada yang lain memilih kamu ? '' tanya ayah .
       A.  Bilakah                B. Kenapakah
       C.  Siapakah             D. Apakah
7) ''_______________ cara membuat layang-layang ?'' tanya Swee Hock .
       A.  Bilakah                B. Bagaimanakah
       C.  Siapakah             D. Berapakah
8)  Ambilkan buku ___________ .
        A. sana                     B. situ
        C. itu                        D. sini
9) ______________ yang terjumpa duit yang hilang itu akan diberi saguhati .
        A. Apa-apa              B. Mana
        C. Siapa-siapa          D. Siapa
10) Di ____________  sahaja sekarang kita dapat melihat pemuda duduk melepak .
         A. mana-mana         B. mana
         C. apa-apa              D. siapa -siapa


Latihan 4 Simpulan Bahasa
Isi tempat-tempat kosong dalam ayat di bawah dengan simpulan bahasa yang sesuai.
lidah bercabang,            mandi peluh,            minta nyawa,          atas pagar,          paku belanda,           pilih kasih,              ajak-ajak ayam,
                balik gagang,             berpeluh tubuh,              gulung tikar
1. Pekerja-pekerja ladang .......................untuk menyara keluarga.
2. Harga barang jualan di kedai itu ....................... .
3. Sewaktu kami bekerja budak itu .................... sahaja.
4. Guru kelas kami tidak ....................... antara murid-muridnya.
5.Jangan terima jemputan itu, dia ...................... sahaja.
6. Banduan yang dihukum mati kerana dadah telah ......................supaya dipenjarakan sahaja.
7. Dalam pemilihan ketua, sekulpulan penduduk duduk......................... .
8. Jangan percaya dengan orang itu, dia ...................... .
9. Semalam baru kami tahi mereka itu ....................... .
10. Peniaga itu terpaksa ........................ kerana mengalami kerugian besar.
 


  Latihan 3 (Bahasa Kiasan)         
1. Pelawak itu tinggi seperti ________ .
    A. langit                                          C. pokok
    B. galah                                           D. kayu
2. Bilik ini panas macam ________ .
    A. matahari                                    C. api
    B. batu                                           D. lilin
3. Anjing Hang Seng jinak seperti ________ .
    A. tikus                                           C. burung
    B. kucing                                         D. merpati
4. Rambut Ah Suan panjang macam ________ .
    A. tali                                              C. tangga
    B. kain                                             D. sungai
  5. Kopi ini manis seperti ________ .
    A. gula-gula                                      C. madu
    B. gula                                              D.bunga
6. Adik Munir takut seperti ________ .
    A. tikus                                              C. durian
       B. cempedak                                     D. bunga
7. Sup ini masin macam ________ .
    A. air sungai                                      C. rumput
    B. pasir                                              D. garam
8. Tulisan Lee Seng halus macam ________ .
    A. ulat                                                C. anai-anai
    B. kuman                                           D. asap
9. Pahlawan itu gagah macam ________ .
    A. polis                                              C. raja
    B. gergasi                                          D. gajah
10. Budak yang ________ itu ialah adik Kim Lui .
   A. tua seperti lengkuas                        C. tajam seperti pisau
   B. tinggi seperti galah                          D. tumpul seperti belakang parang
bar55.gif (2891 bytes)
 
 
       Latihan 2  Kata Ganda

      gala-galian     sayur-sayuran      calar-balar     lauk-pauk     dekak-dekak 
      kanak-kanak     jemput-jemput       ani-ani     anting-anting      gado-gado 
  1. Mengikut seorang saksi, muka perompak yang melarikan wang sebanyak RM50,000 itu terdapat ___________.
  2. Negara kita kaya dengan ___________. Salah satu daripadanya ialah petroleum.
  3. Selain sawi, kacang panjang dan peria, Encik Lam juga menjual ___________ yang lain.
  4. Dalam jamuan malam itu, ___________ yang dihilangkan enak-enak belaka. 
  5. ___________ pisang itu sedap rasanya.
  6. Puan Wong memakai sepasng ___________.
  7. ___________ itu berusia lapan tahun.
  8. ___________ ialah sejenis makanan yang dibuat daripada sayur-sayuran, kacang goreng, asam dan lain-lain.
  9. ___________ digunakan untuk memotong padi.
  10. Kini pelajar-pelajar diajar menggunakan ___________ untuk menghitung. 
bar85.gif (4342 bytes)

LATIHAN 1 KATA  HUBUNG


1. Sebelum  tidur,dia  minum  segelas  teh (tetapi,ketika,atau) secawan  susu.
2. (Sebelum,Walaupun,Sejak) ke  pejabat,dia  membaca  surat   khabar.
3. Roslan  akan  naik  darah (jika,atau,agar) kamu  mengganggunya.
4. Dia  membasuh  tangan (serta,manakala,lalu) bersarapan.
5. Dia  tidak  sempat  menjawab  soalan  itu (tetapi,sementara,kerana) masa  sudah  suntuk.
6.Kamu  boleh  ke  situ  dengan  bas (manakala,atau,sambil) teksi.
7. Mereka  membaca  buku  dengan  senyap (melainkan,sebelum,serta) guru  mereka  memasuki   bilik  darjah.
8. Kami  membaca  buku  cerita (manakala,agar,sementara) menunggu   bas  tiba.
9. (Sungguhpun,Sambil,Tentang) badannya  kurang  sihat,dia  masih   pergi  bekerja.
10. Bangunan  itu  akan  siap  dibina  pada  bulan   ini (dan,atau,serta) bulan  depan.